Wednesday 2 April 2014

TRAGEDI MH370 BERAKHIR DI SELATAN LAUTAN HINDI

Sehingga ke hari ini pelbagai andaian dan spekulasi di buat oleh pelbagai pihak tentang misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang mana masih belum menampakkan hasil dari usaha pencarian selama ianya bermula dari 8 Mac 2014. Dalam pada itu banyak juga laporan-laporan dari media antarabangsa yang sewenangnya melontarkan tohmahan terhadap Pihak Kerajaan dan MAS berikutan kegagalan misi tersebut menemui sebarang bukti yang kukuh berkaitan dengan pesawat MH370. 

Tetapi pihak kerajaan Malaysia amat bertanggungjawab mengenai perkara tersebut dengan meletakkan misi pencarian pesawat MH370 sebagai keutamaan negara. Tidak di nafikan juga ada sesetengah pihak yang memanipulasikan perkara ini untuk dijadikan modal politik murahan untuk meraih sokongan pengundi. Pada amnya memang nampak misi ini boleh dikategorikan sebagai mustahil tetapi dengan kerjasama dari pelbagai pihak ianya akan menampakkan hasil walaupun dalam tempoh yang lama.