Sunday 9 March 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MILIK MAS.....MH 370.....

Kepada serluruh rakyat Malaysia, jangan lah membuat andaian yang kurang bijak mengenai isu ini kerana ia akan melibatkan hati dan perasaan waris kepada penumpang akan terguris. Diharap, bijak lah jika hendak membuat sesuatu berita tentangnya atau apa-apa pun. Mereka tangah bersedih dan susah hati pada saat ini. Cuba bayangkan sekiranya perkara ini terjadi kepada kita.

Marilah kita bersama-sama berdoa semoga kesemua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. Semoga perkara ini akan memberi keinsafan kepada kita. Tiada yang lebih berkuasa dari Nya.

Wednesday 5 March 2014

BR1M 3.0.......KEHENDAK ATAU KEPERLUAN....????

Dalam kita menempuh arus pemodenan global yang semakin menghampiri wawasan perdana iaitu wawasan 2020. Jadi, tidak terlepaslah di minda dan fikiran setiap rakyat Malaysia samada mampu atau tidak kita mencapai status negara maju sedangkan masih ada segelintir rakyat yang berpendapatan di bawah aras kemiskinan.

Oleh yang demikian, diatas dasar keperihatinan Kerajaan BN di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, melancarkan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) yang bermula pada Tahun 2012. Ianya dilancarkan dengan penuh rasa belas dan ksihan dengan segelintir rakyat yang agak terkebelakang dari segi mengejar atau mencapai indeks pendapatan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

BR1M ini di berikan mengikut kadar pendapatan isi rumah, individu bujang, ibu tunggal dan warga emas. Tetapi, dalam mana keberjayaan program tersebut di terima dan memberi manfaat kepada mereka yang layak ada juga permasalahan yang timbul dimana ada sumber maklumat mengatakan yang mereka yang tidak layak juga ada mendapat bantuan BR1M tersebut.

DNR berpendapat bahawa yang selidikan yang dijalankan oleh pihak yang berwajib hendak lah di lakukan dengan lebih detail agar tidak lagi bantuan diberi kepada yang tidak memerlukan BR1M tersebut. Walaubagaimanapun, pihak yang ada menerima atau pihak yang memohon juga harus jujur dengan diri sendiri dan jangan lah maklumat yang diberi kepada pihak LHDN disalah gunakan dengan memberi maklumat palsu. Mereka haruslah menanam rasa bersalah jika menerima hak orang lain.

PILIHANRAYA KECIL DUN N.51 BALINGIAN

Pilihanraya kecil DUN N.51 Balingian dijangkakan dalam tempoh yang terdekat ini. DUN N.51 Balingian akan dibuat pilihanraya semula berikutan perletakan penyandang sebelum ini iaitu Pehin Seri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak dan semua jawatan yang disandang beliau dalam kerajaan.

Pilihanraya tersebut dijangkakan akan diadakan pada pertengahan bulan Mac ini iaitu pada 29 Mac 2014 dan penamaan calon dijangkakan pada 17 Mac 2014. Berikutan itu banyak desas desus yang menyatakan yang calon untuk menggantikan beliau adalah dari kalangan pemimpin yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Tetapi kebenaran maklumat tersebut belum dapat dipastikan lagi sehingga ke saat ini.

JANGAN MENUTUP KESALAHAN SENDIRI DENGAN MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN...BANJIR DI BINTULU

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keadaan luar biasa cuaca yang menyelubungi seluruh dunia yang menyebabkan perubahan kepada suhu dunia dan kadar taburan hujan di beberapa kawasan termasuk di Asia Tenggara. Bintulu juga tidak terkecuali dari keadaan tersebut.

Dari keadaan taburan hujan yang amat luar biasa jumlahnya, Bintulu telah dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang tidak pernah berlaku di beberapa tempat dalam bandar ini. Dalam pada itu ada juga sesetengah orang yang menyalahkan pelbagai pihak mengenai isu ini tanpa mengkaji terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut.

Disini DNR ingin menyatakan pendapat terus dari hati naluri rakyat yang disuarakan dari pelbagai kaedah media sosial masa kini. Rata-rata mereka berpendapat yang masalah tersebut terjadi dari pihak pemaju perumahan yang seringkali memperlekehkan tentang prosedur pembinaan yang di laksanakan dalam Malaysia.

Masalah nya kini adalah mengapa dan kenapa hanya Kerajaan sahaja yang disalahkan hanya kerana meluluskan projek-projek perumahan dan pembangunan di kawasan tersebut oleh pihak tertentu. Tetapi tidak kah kita dapat melihat dengan lebih jauh lagi bahawa yang masalah tersebut bukan lah berpunca dari satu pihak sahaja. Sedangkan untuk meluluskan sesuatu projek akan melalui pelbagai prosedur sebelum ianya dianugerahkan kepada orang yang layak.

Dari kacamata DNR, DNR merasakan yang kesalahan dari keadaan tersebut adalah tidak adil untuk diletakkan pada satu pihak sahaja. Dan rakyat juga harus faham, kadang-kadang spesifikasi yang kita buat adalah sesuai untuk sesuatu keadaan yang biasa berlaku sedangkan sewaktu kejadian kita sedia maklum yang keadaan luar biasa yang belaku kepada keadaan cuaca Malaysia keseluruhannya.