Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keadaan luar biasa cuaca yang menyelubungi seluruh dunia yang menyebabkan perubahan kepada suhu dunia dan kadar taburan hujan di beberapa kawasan termasuk di Asia Tenggara. Bintulu juga tidak terkecuali dari keadaan tersebut.
Dari keadaan taburan hujan yang amat luar biasa jumlahnya, Bintulu telah dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang tidak pernah berlaku di beberapa tempat dalam bandar ini. Dalam pada itu ada juga sesetengah orang yang menyalahkan pelbagai pihak mengenai isu ini tanpa mengkaji terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut.
Disini DNR ingin menyatakan pendapat terus dari hati naluri rakyat yang disuarakan dari pelbagai kaedah media sosial masa kini. Rata-rata mereka berpendapat yang masalah tersebut terjadi dari pihak pemaju perumahan yang seringkali memperlekehkan tentang prosedur pembinaan yang di laksanakan dalam Malaysia.
Masalah nya kini adalah mengapa dan kenapa hanya Kerajaan sahaja yang disalahkan hanya kerana meluluskan projek-projek perumahan dan pembangunan di kawasan tersebut oleh pihak tertentu. Tetapi tidak kah kita dapat melihat dengan lebih jauh lagi bahawa yang masalah tersebut bukan lah berpunca dari satu pihak sahaja. Sedangkan untuk meluluskan sesuatu projek akan melalui pelbagai prosedur sebelum ianya dianugerahkan kepada orang yang layak.
Dari kacamata DNR, DNR merasakan yang kesalahan dari keadaan tersebut adalah tidak adil untuk diletakkan pada satu pihak sahaja. Dan rakyat juga harus faham, kadang-kadang spesifikasi yang kita buat adalah sesuai untuk sesuatu keadaan yang biasa berlaku sedangkan sewaktu kejadian kita sedia maklum yang keadaan luar biasa yang belaku kepada keadaan cuaca Malaysia keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment