Dalam kita menempuh arus pemodenan global yang semakin menghampiri wawasan perdana iaitu wawasan 2020. Jadi, tidak terlepaslah di minda dan fikiran setiap rakyat Malaysia samada mampu atau tidak kita mencapai status negara maju sedangkan masih ada segelintir rakyat yang berpendapatan di bawah aras kemiskinan.
Oleh yang demikian, diatas dasar keperihatinan Kerajaan BN di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, melancarkan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) yang bermula pada Tahun 2012. Ianya dilancarkan dengan penuh rasa belas dan ksihan dengan segelintir rakyat yang agak terkebelakang dari segi mengejar atau mencapai indeks pendapatan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
BR1M ini di berikan mengikut kadar pendapatan isi rumah, individu bujang, ibu tunggal dan warga emas. Tetapi, dalam mana keberjayaan program tersebut di terima dan memberi manfaat kepada mereka yang layak ada juga permasalahan yang timbul dimana ada sumber maklumat mengatakan yang mereka yang tidak layak juga ada mendapat bantuan BR1M tersebut.
DNR berpendapat bahawa yang selidikan yang dijalankan oleh pihak yang berwajib hendak lah di lakukan dengan lebih detail agar tidak lagi bantuan diberi kepada yang tidak memerlukan BR1M tersebut. Walaubagaimanapun, pihak yang ada menerima atau pihak yang memohon juga harus jujur dengan diri sendiri dan jangan lah maklumat yang diberi kepada pihak LHDN disalah gunakan dengan memberi maklumat palsu. Mereka haruslah menanam rasa bersalah jika menerima hak orang lain.
No comments:
Post a Comment